berita

[VIDEO] KJ ‘Prank’ Ada Konflik Dengan AG Sampai Tak Nak Masuk Konti

September 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

KJ Prank AG

Beberapa hari yang lalu kecoh mengenai dakwaan mengatakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai konflik dengan penyampai radio Hot FM, AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat sehingga tidak mahu untuk ‘on air’ bersama bagi segmen Bekpes Hot.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lembut Juga Pinggang’ – Netizen Terhibur Tengok KJ Menari, Dah Tak Keras

AG cuba hubungi KJ

KJ Prank AG

Terbaharu, menerusi hantaran dimuat naik Hot FM di TikTok, AG menjelaskan bahawa dia cuba untuk menghubungi Khairy atau lebih mesra disapa KJ berkali-kali namun tiada sebarang respon diberikan.

Aku sebenarnya masih tertanya-tanya juga sebab dia tak bercakap apa sebabnya. At least kalau dia bagitahu yang mana, sorry lah Chief (KJ)

Aku WhatsApp dengan dia aku cakap sorry Chief, aku takd ada any personal issue ke takde apa ini semua because of ‘on air’ je.  Mungkin ada cara aku yang keterlaluan ke apa, aku minta maaf lah. Aku cakap macam tu.

Dia tak jawab. Dua kali dah, satu aku text dia dan satu lagi voice note.

Bukan itu sahaja, AG juga memaklumkan bahawa dia akan menerima dengan hati terbuka sekiranya pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan penyampai radio yang lain sehingga isu ini dapat diselesaikan.

KJ prank AG

KJ Prank AG

Namun, KJ yang mula bersiaran bersama penyampai segmen Bekpes Hot pada Jumaat mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak mempunyai sebarang konflik bersama AG.

Sebaliknya, KJ hanya ingin merasai perasaan sebenar melakukan ‘prank’ terhadap seseorang sepertimana yang selalu dilakukan Johan.

Terus terang masa TikTok Live tempoh hari, saya cakap bahawa saya tak ada di konti sebab ada konflik dengan AG dan ‘konflik’ tersebut sebenarnya dah lama dan sebagainya.

Tapi sebenarnya cerita dia, saya ni orang politik dan sepanjang kerjaya, saya serius. Dan apa yang saya tengok Johan buat dulu, saya teringin nak buat perkara yang sama iaitu saya nak ‘prank’ orang.

KJ kemudiannya dilihat bersalaman dan berpelukan dengan AG sambil diketawakan penyampai radio yang lain.

Sementara itu, AG difahamkan sudah pun diberitahu lebih awal mengenai prank tersebut dan bercadang untuk melakukan prank semula terhadap tiga lagi penyampai radio yang lain.

Respon netizen

KJ Prank AG

KJ Prank AG

KJ Prank AG

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega mereka selepas mengetahui bahawa konflik yang dikatakan itu hanyalah prank semata-mata.

Mereka juga dilihat kagum dengan KJ yang begitu ‘sporting’ melakukan prank tersebut bersama penyampai radio Hot FM.

Video

@hotfm976_ CHIEF KJ PRANK BEKPES HOT DAN FIZI! SEMUA DAH KENA PRANK!!! HAHAHA! ?? #Hotfm #KJJadiDJ #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #hotfmnomborsatu ? original sound – Hot FM

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×