![[VIDEO] Koleksi Baju Raya Laris Terjual, Fazura Luah Rasa Syukur – ‘Sebesar Zahrah Pun Saya Tiada Kuasa, Semua Daripada Allah’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/fazura-22.jpg)
Selepas pelakon Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi bagi Koleksi Raya 2026, jenama pakaian terkenal Jakel, telah menerima sambutan luar biasa daripada pembeli.
Artikel Berkaitan: Kejutan! Fazura Diumum Sebagai Wajah Kolaborasi Eksklusif Fenomena Raya 2026
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Penuh Beradab & Sopan’ – Netizen Puji Cara Fazura Didik Fatima Bersalaman
Rezeki dari Allah SWT
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, kelihatan Fazura sedang berada di premis perniagaan pakaian tersebut sambil beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Menurut salah seorang staf, stok bagi koleksi Fazura itu laris dijual, sekaligus membuktikan bahawa ia adalah antara koleksi Aidilfitri yang menjadi pilihan orang ramai.
Semalam sampai 1,500 pasang, hari ini hanya tinggal 73 pasang.
Dalam masa sama, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, itu meluahkan rasa syukur apabila kolaborasi tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Alhamdulillah, rezeki Allah.
Saya sebesar zahrah pun saya tiada kuasa, penangan-penangan ini bukan saya tapi daripada Allah.
Semuanya datang daripada Allah, Allah yang menggerakkan semua ini.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan cara Fazura yang bergantung sepenuhnya kepada rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT.
Selain itu, mereka turut memuji sifat merendah diri yang dimiliki oleh ibu kepada seorang anak tersebut.
Terdahulu, pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026, pelakon filem Gol & Gincu itu telah diumumkan sebagai rakan kolaborasi dan mendapat tumpuan ramai di media sosial.
Sumber: Threads