berita

[VIDEO] Koleksi Momen Penyokong Cilik ‘Meraung’ Bila Pasukan Kedah Kalah!

November 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengukuhkan status selaku ‘raja’ bola sepak tempatan apabila pasukan ini menjulang Piala Malaysia edisi 2019 dengan menewaskan Kedah 3-0.

Berikutan daripada kemenangan tersebut, rata-rata penyokong Helang Merah (Kedah) terutamanya penyokong cilik sudah pasti sedih dan kecewa apabila pasukan kegemaran mereka gagal memiliki piala tersebut. Oleh itu, seorang pengguna Facebook ada berkongsi beberapa video yang menunjukkan momen sedih penyokong cilik Kedah.

Menangis sampai campak jersey!

https://www.facebook.com/skilo.myvi/videos/pcb.2777750312263833/2777749772263887/?type=3&theater

Menerusi video tersebut, penyokong cilik itu dilihat menangis sambil bertindak membuka serta membaling jersey Kedah yang dipakainya sebagai tanda kecewa dengan kekalahan pasukan kegemarannya.

Sampai tak nak keluar bilik

https://www.facebook.com/skilo.myvi/videos/pcb.2777750312263833/2777749925597205/?type=3&theater

Dua orang penyokong cilik ini dilihat terlalu sedih dengan kekalahan pasukan Kedah dalam Piala Malaysia edisi 2019 sehingga salah seorang daripada mereka ‘mengurungkan’ diri di dalam bilik kerana tidak sanggup melihat kekalahan pasukan itu.

Alahai, sedihnya

https://www.facebook.com/skilo.myvi/videos/pcb.2777750312263833/2777750175597180/?type=3&theater

Semangat adik ni pergi ke stadium untuk sokong pasukan Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia dengan harapan kemenangan berpihak kepada mereka. Tapi sebaliknya pula yang terjadi apabila pasukan Kedah ditewaskan oleh JDT dengan jaringan 3-0. Tak dapat nak menahan kesedihan, penyokong cilik ini terus menangis di dalam stadium walaupun dilihat oleh ramai orang.

Comel je!

https://www.facebook.com/skilo.myvi/videos/pcb.2777750312263833/2777759102262954/?type=3&theater

‘Kecewa’ dengan corak permainan pasukan Kedah, penyokong cilik ini menunjukkan rasa hampa dengan beranggapan pemain pasukan Kedah seolah-olah tidak bersungguh-sungguh seperti bermain seperti di dalam ‘kampung. Dia juga meluahkan rasa geram sehingga tidak mahu menyokong pasukan ini pada perlawanan akan datang.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×