Umum mengetahui, pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila diberi kebenaran untuk meluangkan masa bersama anak sulungnya, Muhammad pada hari Sabtu yang lalu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Menangis Rasa Terhina, Perjelas Isu Aurora Trauma Sebab ‘Petik Cili’ – ‘Saya Tak Pernah Kasari Isteri & Anak-Anak’
Terbaru, bapa kepada dua orang cahaya mata ini dilihat memuat naik sebuah video yang menunjukkan momen dirinya bersama anak kedua iaitu Aurora.
I love you
Nur Aurora Robe’ah. l love you my grape Apple Pie.
Menerusi video yang dikongsikan, Farid dipercayai sedang merindui anak keduanya. Pelbagai momen bersama Aurora telah dikongsikan menerusi video berkenaan. Mana taknya, sehingga ke hari ini Farid dipercayai tidak dibenarkan bertemu dengan Aurora berikutan alasan trauma dengan insiden petik cili. Bukan itu sahaja, Farid dipercayai tidak dibenarkan masuk ke rumah kelamin bagi mengambil barang-barang keperluan.
Berikutan daripada itu, pelakon ‘Lagenda Budak Setan’ ini berkata dia tidak pernah ‘angkat tangan’ dengan aktres, Diana Danielle mahupun kedua cahaya mata. Enggan terus mengunci mulut, Farid memberitahu dia telah menegur Aurora kerana telah memasuki kawasan kediaman jiran tanpa kebenaran lalu memetik pokok cili.
Susulan perbuatan tersebut, Farid telah mengenakan denda iaitu berdiri di dinding namun Diana dipercayai tidak berpuas hati.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Farid Kamil