berita

[VIDEO] Konon Ikut ‘Kata Hati’, Andi Bernadee ‘Terciduk’ Sampai Terduduk Di I Can See Your Voice!

March 30th, 2020 | by faris
Kini Trending

Rancangan I Can See Your Voice (ICSYV) musim ketiga antara yang ditunggu-tunggu setiap hujung minggu. Telatah penyanyi misteri dari pelbagai latar belakang yang mencuit hati dan rare membuatkan artis jemputan semalam, Andi Bernadee pening kepala meneka dan tak kering gusi dengan lawak spontan Jihan Muse.

Banyak kali salah langkah

Untuk pusingan penentuan pertama, Andi mengambil risiko mengabaikan ramalan Mark Adam dan Jihan dan menyingkirkan peserta nombor 2. Ternyata peserta itu adalah seorang penyanyi sebenar apabila berjaya menyanyikan lagu Shila Amzah Tiada Dirimu dengan merdu.

Lip Sync oleh Penyanyi Misteri adalah pusingan di mana 2 suara berbeza diperdengarkan iaitu satu nyanyian merdu dan satu nyanyian sumbang. Di pusingan ini, Andi sedikit tersilap langkah apabila hanya seorang penyamar manakala seorang lagi adalah penyanyi sebenar.

Di pusingan ketiga, beberapa maklumat diberikan mengenai 3 penyanyi misteri untuk memberi klu kepada Andi. Mungkin kerana terlalu percaya kepada Jihan atau silap percaturan, sekali lagi Andi menyingkirkan penyanyi sebenar.

Panel penyiasat suara sumbang secara majoriti memilih peserta nombor 2 yang digelar berimej Kpop untuk berduet dengan Andi. Malahan, pilihan penonton yang memilih peserta sama pun tidak menggoyahkan pilihan Andi yang sanggup gamble memilih peserta nombor 1 untuk menyanyi bersama.

Di pentas penentuan terakhir, peserta nombor 1 yang dilabel Jihan sebagai mempunyai aura seperti peserta Mentor ternyata seorang penyamar bersuara sumbang! Andi siap terduduk setelah menyedari dia nyata kalah ‘pertaruhan’ yang dibuat sendiri.

Sumber: TV3 Malaysia

SKIP THIS AD ×