berita

[VIDEO] Konon Nak ‘Prank’ Benam Muka Kawan Dalam Kek, Lelaki ‘Cuak’ Lepas Nampak Lidi Panjang, Bahaya Tu!

February 23rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, prank membenamkan muka ke dalam kek ketika sambutan hari jadi dan sebagainya seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara. Walaupun prank tersebut nampak menghiburkan tetapi ianya agak membahayakan.

Lidi panjang dalam kek

Berdasarkan video yang dikongsikan di akaun TikTok, Jorgesonrics memaparkan dua orang remaja lelaki dan perempuan secara tiba-tiba telah menolak kepala dan membenamkan muka rakan mereka ke dalam kek. Tetapi malangnya prank tersebut hampir bertukar tragedi apabila muka dan mata lelaki terbabit hampir tertusuk pada lidi yang terdapat di dalam kek itu. Kedua-dua remaja berkenaan kelihatan sangat terkejut selepas melihat rakan mereka menarik keluar lidi panjang dari dalam kek.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen beranggapan bahawa video ini bukanlah benar-benar terjadi sebaliknya remaja ini melakukannya untuk memberi peringatan serta pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak melakukan prank seperti itu kerana ianya sangat membahayakan.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen mengakui ‘cuak’ melihat situasi tersebut. Malah, tidak kurang juga ada yang berharap agar prank seperti ini tidak menjadi amalan dan ikutan orang ramai.

Video ‘prank’

@jorgesonricsFeliz cumpleaños ? @kimmigneault? Las Mañanitas (Cumpleaños Felíz) – Tito Guízar

@jorgesonricsResponder a @juandavis54321 ??????? Las Mañanitas (Cumpleaños Felíz) – Tito Guízar

Sumber: Jorgesonrics

SKIP THIS AD ×