![[VIDEO] Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records – ‘Pencapaian Ini Sebuah Apresiasi Buat Peminat’](https://media.ohbulan.com/2025/05/genkru-20205.jpg)

Kumpulan KRU mencipta fenomena luar biasa apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) menerusi penganjuran Konsert GenKRU 2025 pada malam Ahad di Axiata Arena Bukit Jalil.
Artikel Berkaitan: KRU Jadi Fenomena, Elite & Adam AF Buat Kejutan Untuk Lebih 11,000 Penonton
Artikel Berkaitan: KRU Lancar ‘One More Time’! ‘MV’ Papar Wajah Masa Lalu & Masa Depan Norman, Yusry Serta Edry
Terima kasih atas sokongan padu

Konsert yang diadakan selama empat malam iaitu pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025 itu menerima pengiktirafan menerusi kategori penganugerahan Most Show In A Single Concerts Series(Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert) daripada MBR.
Menurut Datuk Norman Abd Halim, pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telah menjadikan konsert ditambah kepada empat malam.
Pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telah menjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asal hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam.
KRU seharusnya berterima kasih terhadap sokongan tanpa henti selama lebih tiga dekad kami berada dalam industri sehingga lahir penganjuran Konsert GENKru2025 selama empat malam sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) menerusi penganugerahan Most Show In A Single Concerts Series.
Di samping itu, penganjur Konsert GenKRU 2025, ICON Entertainment (M) Sdn Bhd turut menerima pengiktirafan daripada MBR dengan Most Concert Tickets Sold Out In An Hour (Penjualan Tiket Konsert Terpantas Dalam Tempoh 1 Jam).
Pengiktirafan tersebut diberi selepas 8,000 tiket Konsert GENKru terjual dalam tempoh satu jam.
Terima kasih kepada pihak MBR di atas pengiktirafan Most Concert Tickets Sold Out In An Hour kepada Icon Entertainment.
Dan kami di Icon Entertainment dengan suka cita berkongsi pengiktirafan ini kepada semua peminat KRU yang telah menjadikan Konsert GenKRU cukup luar biasa bukan hanya kerana pembelian tiket terlaris dalam tempoh satu jam tetapi telah menjadikan konsert ini gemilang dengan empat malam penganjuran.
Pada konsert durasi tiga jam itu, Norman, Edry dan Datuk Yusry Abdul Halim membuktikan keampuhan stamina suara dan tenaga yang dimiliki dengan menyanyikan lebih 20 lagu selingan bersama penyanyi jemputan iaitu Adam AF2, kumpulan Elite dan Feminin.
Konsert GenKRU ini dianjurkan oleh Icon Entertainment setelah trio tiga beradik ini bersetuju pada September lalu untuk mengadakan konsert berskala besar.
@ohbulanofficial Kumpulan KRU mencipta fenomena luar biasa apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) menerusi penganjuran Konsert GenKRU 2025 pada malam Ahad di Axiata Arena Bukit Jalil. ? #ohbulan #fyp #news #genkru #kru #bookofrecords ? original sound – OHBULAN!








