berita

[VIDEO] Konsisten Curi Kasut Berbulan-Bulan, Lelaki Tak Perasan Muka Terpampang Dalam CCTV

May 26th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah situasi seorang lelaki yang tular di media sosial selepas kegiatan mencuri kasut dan selipar yang telah dia lakukan berbulan-bulan di sebuah kuarters di Putrajaya dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV), dengan mukanya terpampang jelas.

Tak nampak CCTV rakam

Tangkap layar video @el_iiiii

Menerusi ciapan milik @putrajayaMY, terdapat satu kejadian baru melibatkan aktiviti kecurian yang berjaya dirakam CCTV. Seorang individu dilihat sedang mencuri kasut di sebuah kuarters. Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila jelas terpampang wajahnya yang mungkin tidak sedar kewujudan kamera berkenaan.

Berdasarkan klip berdurasi 45 saat itu, lelaki tersebut pada mulanya cuba memerhatikan sekeliling sebelum menceroboh pada bahagian pintu sebuah rumah. Dia sempat mengambil beberapa pasang kasut sebelum beredar dan memasukkan kasut-kasut yang diambilnya ke dalam satu beg plastik hitam yang dia bawa bersama.

‘Mencuri pakai uniform sama’

Menjengah ke ruang balas, ada pengguna lain yang mendakwa kejadian berkenaan bukanlah kali pertama berlaku di kawasan tersebut dan lelaki itu gemar melakukan aktiviti mencuri sejak beberapa bulan lalu. Malah, ada juga yang mengadu barang mereka turut lesap gara-gara dicuri oleh individu yang sama.

Video

Sumber: Twitter @putrajayaMY, @el_iiiii

SKIP THIS AD ×