berita

Video: Kualiti MV Infiniti Cinta Setaraf Antarabangsa?

September 27th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-09-27 at 10.38.09

Baru sahaja dimuat naik ke YouTube dua hari lepas, muzik video terbaru dendangan Zizan Razak dan Kaka berjudul Infiniti Cinta telah berjaya mencecah hampir 26,000 jumlah tontonan.

MV berdurasi 6:26 saat itu bagaikan melengkapi kisah cinta yang cuba disampaikan oleh Zizan dan Kaka, sesuai dengan melodi lagunya yang sangat ‘catchy’ dan menghiburkan.

Para peminat yang telah melihat video itu juga memberi respon positif dan kebanyakannya memuji kualiti MV tersebut yang dianggap setaraf dengan hasil kerja antarabangsa.

Screen Shot 2013-09-27 at 10.40.26

Screen Shot 2013-09-27 at 11.29.10

Selain daripada itu, OHBULAN! juga berpendapat penggunaan props yang eksklusif seperti SUV Hummer, rumah banglo mewah dan penggunaan latar di belakang kedai sambil diterangi cahaya malap dan kepulan asap juga antara tarikan MV Infiniti Cinta.

Secara umumnya, MV ini menceritakan tentang kisah hidup Zizan sebagai tukang masak di mana prestasinya merosot dipercayai selepas kematian seorang wanita yang disayanginya iaitu Kaka.

Screen Shot 2013-09-27 at 10.39.36

Bagaimanapun Zizan kembali bersemangat untuk menghasilkan masakan yang sempurna selepas dia jatuh hati pada seorang wanita cantik.

Sekali pandang pasti ada yang berpendapat wanita cantik itu adalah Emma Maembong ataupun adik-beradiknya, namun dari sumber-sumber yang kami dengar, wanita berkenaan adalah seorang model bernama Sonya Davison dan menetap di Singapura.

Screen Shot 2013-09-27 at 10.42.56

Apapun untuk semua peminat lagu Infiniti Cinta, di sini OHBULAN! sertakan MV yang telah dinantikan ini untuk tontonan anda. Semoga terhibur!