Selepas mendirikan rumah tangga dengan Pencetus Ummah (PU) Riz, usahawan Noor Neelofa lebih mengutamakan suami daripada kerjaya dan bisnes.
Artikel Berkaitan: ‘Salah Sangkaan Orang Yang Kata Saya Sengaja Cipta Viral Untuk Raih Perhatian’ – Neelofa
Utamakan suami
Memetik temu bual dengan Ria X In Person, Neelofa menjawab pertanyaan mengenai tetap patuh dengan suami meskipun sudah memiliki segalanya (kerjaya dan harta).
Kata selebriti berumur 33 tahun ini, sejurus sah menjadi isteri kepada Riz atau Haris Mohd Ismail, dia berpegang dengan kunci masuk syurga adalah suami.
Semua orang kena faham konsep ini, saya pun banyak belajar benda baharu. Momen selepas akad nikah dan jadi isteri, keutamaan dan keredaan awak adalah suami. Kunci masuk syurga adalah suami.
Jadi kalau kata nak pentingkan kemasyuran atau kerjaya lebih pada suami maksudnya baik tak payah jadi isteri. Sebab akan tarik awak ke neraka lebih pada yang lain-lain.
Saya kena tahu apa keutamaan saya. Kalau tidak dapat keredaan suami, sia-sia sahaja kaya ke popular ke bahagia dekat dunia. Kita tidak akan bau syurga pun.
Jadi saya fikir setiap hari kerja sana sini, tetapi suami tak reda, gembira dan bahagia, no point juga. Perkara pertama adalah taat, bahagiakan suami, turuti perintah dia. Selesaikan hak suami dulu baru saya fokus dengan hal-hal lain.
Tidak mudah
Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP mengakui agak sukar untuk Haris membiasakan diri dengan dunia Neelofa.
Saya boleh nampak bukan senang untuk Haris menyesuaikan diri dengan dunia saya. Masa awal perkahwinan pun dah jadi perhatian sekali dengan honeymoon. Back to back jadi. Itu dah jadi satu proses untuk dia menyesuaikan diri.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: Youtube Astro Gempak