Menjelang bulan Ramadan, sudah pasti ramai yang gemar membeli juadah berbuka puasa di bazar. Namun, terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi tidak setanding dengan kualiti serta kuantiti makanan.
Nasi kerabu ‘berulat’
Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila juadah berbuka puasa yang dibeli sebuah kedai hanyalah sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita ini sedang duduk di atas kerusi sambil menunggu azan Maghrib berkumandang. Dia juga dilihat sempat merakam menu berbuka puasanya iaitu nasi kerabu bersama lauk daging.
Tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat makanan tersebut sudah rosak selain terdapat beberapa ekor ulat berlegar-legar pada lauk nasi kerabu yang dibelinya. Lebih mengecewakan apabila dia hanya menyedari perkara itu beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa.
Hati-hati lah kalau membeli. Ambil lah masa untuk belek-belek sikit makanan tu. Untuk peniaga kalau barang lama, jangan lah menganiaya pelanggan. Dah lah puasa, lapar pula. Dekat mana? Biarlah rahsia.
Jelas wanita ini lagi, dia sudah cuba menghubungi peniaga makanan tersebut menerusi Facebook, namun setakat ini, tiada sebarang respon yang diterima. Dalam kesempatan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli makanan. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap sambil lewa segelintir peniaga yang tidak menititik beratkan faktor kebersihan makanan yang dijual.
Video
Respon netizen
Sumber: _naleya_