berita

Video : Lagu “Survival” Oleh Muse Bakal Jadi Lagu Tema Olimpik London 2012

July 5th, 2012 | by Ai
Video Popular

Sukan Olimpik 2012 London bakal menjelang tidak lama lagi, para atlet masing-masing sedang bersedia, namun apa yang pasti ialah, lagu tema untuk Sukan Olimpik 2012 London sudahpun diumumkan.

Kumpulan Muse yang berasal dari Britain telah diberikan penghargaan apabilan lagu mereka bertajuk “Survival” telah dipilih sebagai lagu tema utama sepanjang Olimpik berlangsung di London. Tidak kira samada di jalanan, ketika mengambil trofi atau ketika sukan sedang berlangsung, lagu “Survival” akan sentiasa dimainkan di mana saja.

Terbaru dari Muse, kumpulan ini bakal melancarkan album terbaru, “The 2nd Law”, pada bulan September ini. Jadi, kepada para peminat Muse seperti kami, memang dah tak sabar sebenarnya nak menunggu album ini dilancarkan. Yeay!

Jom dengar lagu “Survival” oleh Muse beserta video rasmi Sukan Olimpik 2012 London selepas ini!

SKIP THIS AD ×