berita

Video Lama Menyanyi Rap Di Masjid Viral, Waris Dakwa Ada Pihak Mahu Jatuhkan Dirinya

April 2nd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak semalam, tular video memaparkan penyanyi rap, Waris sedang menyanyi di sebuah majlis agama. Susulan itu, Waris menerima kecaman hebat dan kurang disenangi netizen kerana berpendapat bahawa ianya tidak bersesuaian dengan majlis ilmu seperti itu.

Ada pihak yang nak jatuhkan?

Pemilik nama sebenar Muzzammil Alias tampil memberi penjelasan berhubung video yang tular itu. Ujarnya, klip video berkenaan sebenarnya telah dipotong daripada IGTV ketika dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun semperna Maulidur Rasul pada November tahun lalu.

Difahamkan, sejak tahun lepas lagi sudah ada cubaan untuk viralkan klip video berkenaan tetapi gagal, namun kali ini individu terbabit berjaya membuatkan orang ramai marah kerana dilihat seperti mempersendakan agama.

Guys, perang raih undi dah mula. Yang post video aku nyanyi kat masjid tu pun geng-geng mungkir janji yang upload. Video lama yang dipotong dari IGTV. Tahun lepas try tapi tak jadi. Tahun ni dia upload video sama lagi dan dia berjaya viral.

Dalam pada itu, penyanyi rap berusia 34 tahun itu tidak menolak kemungkinan ada individu yang ingin menjatuhkannya dengan menviralkan video lama itu.

Tujuan? Nak buat korang marah, Aku hanya bahan je. Be careful. Semua negeri turap jalan sekarang sebab nak… korang pun tahu kan. Tak akan tak faham game. Be careful apa yang anda dengar dan salam sayang diri sendiri.

Mulo-mulo nak jatuhkan kito, lopehtu viralkan kito. Kocam kito maki kito. Kito okay jo. P/S: tak takut siksa kubur ke?

Video sebenar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)

Sumber : warisn9

SKIP THIS AD ×