Selepas mengumumkan hari bahagia, salah seorang rakan kepada penyanyi Amira Othman iaitu Nelyysa Ainaa berkongsi momen sekitar majlis ‘bachelorette party’ bakal pengantin itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Amira Bertukar Status Dari Rakan Sekerja Kepada Rakan Serumah’ – Fattah Amin

Kejutan untuk Amira 

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, diraikan dalam sebuah majlis sederhana bertemakan warna biru dan putih.

Pada majlis tersebut, rakan-rakan kepada Amira membuat kejutan kepadanya dalam suasana yang cukup meriah.

Amira yang mengenakan pakaian berwarna putih kelihatan sangat gembira dan tak lekang dengan senyuman.

Ucapan dan doa

Screenshot

Dalam masa yang sama, sebagai seorang sahabat, Nellysa turut mendoakan agar pelantun lagu Hati-Hati itu dilimpahi dengan kebahagiaan dalam perkahwinannya.

Lama simpan rahsia ni, akhirnya boleh post!

Kami sangat gembira untuk mu. Kamu adalah bukti nyata bahawa sabar itu manis, dan Allah sentiasa membalas hati yang sabar dengan anugerah yang paling indah. 

Saya pernah melihatmu di saat yang paling sukar, dan kini saya tak sabar untuk melihatmu di saat paling bahagia. Kamu benar-benar layak mendapat yang terbaik.

Semoga mahligai ini sentiasa dipenuhi mawaddah, rahmah dan keberkatan dan sentiasa di dalam lindunganNya

Terdahulu, aktor, Fattah Amin membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Khabar angin tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads iaitu Kimchikims_ yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai.

Sumber: IG Nellysa Ainaa