berita

[VIDEO] Lambaian Terakhir Jemaah Uighur Tinggalkan Tanah Suci Undang Sebak

December 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kekejaman terhadap penindasan etnik Uighur di China telah mendapat perhatian global. Setiap hari mereka didera mental dan fizikal serta kehidupan beribadat mereka juga telah diganggu.

Video sekumpulan jemaah dari etnik Uighur ini melambai tangan ke arah Kaabah undang sebak netizen. Akhirnya mereka terpaksa pulang ke negara asal yang penuh dengan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan.

Terasa berat hati

https://www.facebook.com/Alqudsstore212/videos/2363011604029535/?__xts__[0]=68.ARCD-jwyTROYsec0rpH6gKd-hOjK22jdRxS5_N7MUzF8SJNw2k64u4JsBBRrI2dlNVY-ic93OF3otfc7DlA5cvhjdwy8X5xU_Q0DJc0jAgN5ZQCU4SrUg1QGg3yP4bM1MIBExr10kJ1ebvDeZZsKRRypgNfHplnU38EyNJDRTWtQZdhaMrfvWb7VsYLCbhPmgZn5Tr3mtMlzWd0YUCB-PijN1CdAmsGWPfRBNKn7SH9DtUKg_AntebIgu3rQ0Y5zJWD39JN-azIni-Es7zKt-FV0UDlRGXyh-dj733syjm-OugOcpwSb4lXN75lOjMrhsBj8BQbzNC9xCHnQ-WGD_dT7_eZXtVPKOIw&__tn__=-R

Hampir segenap Muslim di seluruh dunia akan berusaha menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah atau Haji. Perkara tersebut tidak ketinggalan juga buat etnik Uighur yang tinggal di kawasan Xinjiang, China.

Video berdurasi seminit ini menyaksikan sekumpulan etnik Uighur yang menunaikan umrah di Tanah Suci melambai tangan sebelum berangkat pulang ke negara mereka. Masing-masing kelihatan terasa berat hati sambil menangis kerana terpaksa menghadap realiti kekejaman yang sedang berlaku di negara mereka itu.

Menerusi kapsyen page mikihattopi turut berkongsi luahan sayu yang dirasai etnik Uighur terpaksa pulang ke negara mereka semula setelah usai mengerjakan ibadah di Mekkah.

Sedih…. Saat kemarin muslim Uighur harus pulang ke negeri mereka. Terasa berat meninggalkan Ka’bah menangis sejadi-jadinya. Seolah tak mau berpisah. Karena disinilah tempat mengadu kepada Allah disaat suara mereka tak lagi didengar.

Kebebasan beragama dinegeri mereka sudah musnah. Tak mudah untuk keluar dari negara mereka kecuali dengan berbagai cara yang bisa membahayakan jiwa mereka jika ketahuan pergi ke berHaji ke Mekkah. Ya Allah.

Sumber: Mikihattopi

SKIP THIS AD ×