Pakar perubatan Islam, Ustaz Md Rosdi Hasan antara perawat yang dikenali ramai kerana sering berkongsi kisah mistik di Facebook. Dia juga berkongsi cabaran yang dihadapi demi merawat pesakit yang memohon bantuan daripadanya.
Seperti video yang dimuat naiknya di Youtube, kelihatan kelibat pocong terbang menghampiri ketika sesi menangkap saka yang dikatakan mengganggu anak cucu ‘tuannya’.
Akhirnya tewas
SAKA AKHIRNYA ENGKAU TEWAS JUGA.
Lampu tiba-tiba meletup ketika memanggil Saka Pocong untuk ditangkap dan akhirnya saka itu berjaya berjaya ditangkap, dan ketika ia dimasukkan ke dalam telur dan anda boleh melihat gelas kaca itu berkecai tetapi telur tetap berdiri di atas beras seperti biasa. Di dalam video ini anda boleh lihat pisau yang saya gunakan untuk memotong daun pisang itu bergerak dengan sendirinya jadi saya harus berwaspada sekiranya ia terbang memikam saya oleh itu telah saya lemahkan ia terlebih dahulu bila saya sedar pekara ini agar ia tidak belaku.
Menurut Ustaz Rosdi Hasan, pesakit yang meminta pertolongannya kali ini diibaratkan seperti bapa sendiri. Pesakit ini merupakan sahabat baik kepada orang tuanya. Malah, pelbagai pertolongan yang dihulurkan rakan karib bapanya ini memandang ustaz sekeluarga hidup susah.
Semasa rawatan berlangsung, lampu tiba-tiba pecah dan pisau yang digunakan untuk memotong daun pisang berpusing-pusing dengan sendiri. Pada minit ke 9:44 saat, jelas kelihatan kelibat pocong muncul di sebalik tirai.
Pisau bergerak, pocong di tirai
Sumber: Ustaz Md Rosdi Hasan