![[VIDEO] Lan Siro Belajar Bola Jaring Demi Tugas Sebagai Hos Live](https://asset.ohbulan.com/2026/06/lan-6.jpg)
Pelakon Lan Siro meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjana rezeki sebagai hos siaran langsung, meskipun sebelum ini tidak pernah terlibat dalam bidang tersebut.
Artikel Berkaitan: Fariha Razak Kecewa Gambar Dengan Pasukan Bola Jaring Disunting, Jalur Gemilang Diterbalikkan
Belajar benda baharu
Menurut Lan, 44, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai pelakon senior yang enggan mempelajari perkara baharu, sebaliknya sentiasa terbuka untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.
Katanya, kecanggihan teknologi dan pengaruh media sosial pada masa kini menuntut semua pihak untuk bergerak seiring dengan perubahan zaman.
Alhamdulillah, rezeki itu datang daripada Allah. Pada pendapat saya, kita perlu bergerak seiring dengan generasi muda pada zaman sekarang.
Jangan letakkan diri sebagai seorang senior sehingga merasakan tidak perlu lagi belajar perkara baharu. Dalam industri seni hari ini, kebanyakan perkara berkait rapat dengan media sosial.
Untuk bidang pengacaraan pula, saya diberi peluang menjadi hos siaran langsung di platform media sosial bagi perlawanan bola jaring.
Berkongsi pengalaman mengendalikan TikTok Live bagi Kejohanan Liga Bola Jaring Pahang 1st Zon Pahang Timur, pelakon drama bersiri Neraka Yang Terhijab itu mengakui ia merupakan pengalaman pertamanya.
Bagaimanapun, Lan tidak menganggap tugasan tersebut sebagai sesuatu yang sukar. Sebaliknya, dia mengambil peluang itu untuk mendalami dan memahami sukan bola jaring dengan lebih dekat.
Saya memang tiada pengalaman mengulas perlawanan, tetapi sebagai sebahagian daripada tugas, saya perlu belajar dan memahami asas permainan itu.
Sebelum ini saya tidak tahu apa itu GD, WD atau GS, termasuk peraturan-peraturan dalam bola jaring.
Saya juga ingin mengajak khususnya masyarakat di Pahang untuk hadir menyaksikan Kejohanan Liga Bola Jaring Pahang 1st Zon Pahang Timur yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Jun di Kompleks Sukan Komuniti Pekan, Pahang.
Jika tidak berkesempatan hadir, boleh ikuti siaran langsung saya di platform TikTok Pahang 1st.
Dalam perkembangan lain, Lan turut sibuk dengan beberapa projek lakonan yang sedang dan bakal menemui penonton dalam masa terdekat.
Malah, dia dijadualkan memulakan penggambaran drama bersiri Sepenuh Hati Rindu terbitan Jaja Ishak Channel yang bakal disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 21 Jun ini.
Sumber: Instagram








