berita

[VIDEO] Kereta Hilang Kawalan, Langgar Penunggang Motosikal Sampai Terpelanting

December 2nd, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Di Twitter seorang pengguna yang dikenali sebagai Edrieanaarissa berkongsi satu video yang membangkitkan kemarahan warganet. Menerusi video tersebut, sebuah kenderaan berwarna putih dilihat merempuh penunggang motosikal yang berada di sisi jalan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di lebuh raya Sungai Besi, semalam

Dirempuh kereta

Ketika kejadian, jalan raya tersebut lengang tanpa ada kenderaan yang lain. Namun, kenderaan tersebut dilihat seperti ‘hilang kawalan’ sebelum merempuh penunggang motosikal tersebut yang berada di kiri jalan. Hasil rempuhan itu, menyebabkan penunggang motosikal itu tidak sedarkan diri.

Pemandu terlelap

Terbaru, Harian Metro mengesahkan pemandu Honda Civic itu terlelap ketika melalui selekoh di tempat kejadian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu kereta itu telah dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian Evidential Breath Analyzer (EBA).

Hasil ujian dilakukan didapati negatif. Lelaki berkenaan kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa yang dikenali sebagai Zhafari Bukhori, disahkan meninggal dunia di dalam ambulans ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.

Sumber: Harian Metro & Toon Seri

×