berita

[VIDEO] Lap ‘Visor’ Helmet Dengan Kain Batik Mak Demi ‘Content’, Gadis Dikecam Kurang Ajar

December 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang gadis menarik perhatian netizen apabila dia dipercayai bertindak kurang ajar apabila mengelap visor helmet menggunakan batik ibunya. Tindakannya itu menerima kecaman hebat daripada wargamaya kerana dikatakan seperti tidak menghormati ibunya.

Lap visor guna kain batik ibu

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Faqih Faiqal di page Malaysia Automotive Shitposting, memaparkan seorang gadis yang berjalan ke arah ibunya dan mengelap visor helmet itu dengan menggunakan kain batik yang dipakai oleh ibunya.

Di dalam video berkenaan, gadis terbabit mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana selalu ada serta menyokongnya dari dulu sehingga sekarang.

Terima kasih mak selalu bahagiakan saya, faham minat saya, faham isi hati saya.

Ujar gadis berkenaan lagi, dia turut berterima kasih kepada ibunya kerana sanggup susah dan senang bersamanya serta menjaganya ketika berada dalam keadaan koma.

Saya ingat tangan mana yang sambut masa saya senang dan tangan mana yang buang masa saya susah mak.

Video penuh :

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan gadis berkenaan. Malah ada juga di antara mereka mengatakan ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai video untuk paparan umum. Tapi orang sekarang sanggup buat apa sahaja demi ‘content’.

Sumber : Faqih Faiqal

SKIP THIS AD ×