berita

[VIDEO] Lari Naik Vellfire Lepas Tetak Rakan Jual Insurans

June 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire dipandu secara melulu dan telah melanggar beberapa kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku ekoran suspek yang memandu kenderaan tersebut melarikan diri selepas menetak seorang lelaki sehingga parah.

Salah faham punca kejadian

Punca berlakunya insiden berkenaan disebabkan salah faham antara dua pihak. Mangsa yang cedera di muka dan tangan bertemu suspek yang merupakan pelanggan insuransnya. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Manjung, Perak.

Langgar 6 kenderaan lain

Lelaki itu memandu secara melulu hingga melanggar enam kenderaan lain di simpang empat lampu isyarat.

Dia kemudian meninggalkan MPV di kawasan berhampiran dan melarikan kereta Proton Saga BLM milik seorang wanita.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, sebelum kejadian suspek dikatakan berjumpa dengan mangsa bagi tujuan berbincang berkenaan dengan urussan pembelian insuran. Walau bagaimanapun, peselisihan faham mula tercetus dan suspek terus menetak mangsa sebelum melarikan diri. Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 20-an.

Suspek berjaya diberkas

Pisau digunakan sudah dirampas dan polis akan mendapatkan perintah tahanan remannya, hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun sama.

Mangsa kini dirawat di Hospital Seri Manjung dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Suspek turut mengalami kecederaan berjaya ditahan di Seri Manjung manakala Proton Saga yang dilarikan berjaya ditemui di ladang sawit di pekan Gurney, Sitiawan. Pihak polis turut telah merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam insiden berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×