Pendakwah selebriti, Da’i Syed berkongsi pengalamannya selama 21 hari di Penjara Kajang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Tampil Dengan Imej Botak, Kelihatan Tenang Hadir Di Mahkamah Tinggi
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Muat Naik Video Tolak Stroller Anak Selepas Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara
Pengalaman di penjara
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Da’i Syed berkata, dia sempat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail selama 16 hari sahaja.
Saya baru 16 hari bersama anak. Tetapi takdir Allah petang itu saya berniat nak cukur rambut anak saya tapi rambut saya yang dicukur.
Allah sebaik-baik perancang. Masuk penjara merupakan pengalaman yang sangat pahit. Gelap hidup saya pada saat itu.
Menurut Da’i Syed, meskipun dia berasa hidupnya sangat gelap pada masa itu, tetapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
Alhamdulillah kesihatan saya sepanjang dalam penjara baik. Saya makan pun cukup. Cuma hari ini saya tak sihat sebab demam dan ada ulcer di dalam mulut.
Da’i Syed yang ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi Selasa, turut memberitahu dia mendapat layanan yang baik ketika dalam penjara.
Layanan dalam penjara pun sangat baik. Saya bersyukur dapat menyampaikan dakwah ajar orang mengaji dan sambut Maulidur Rasul di dalam sana.
Isteri bersyukur
Isteri kepada Da’i Syed iaitu Hana Ismail turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudah kembali ke pangkuan keluarga.
Alhamdulillah syukur, sebenarnya manusia ini diberi pinjaman masa jadi saya nak habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak selagi boleh. Saya lega.
Disoal bagaimana menghadapi kecaman apabila suami berada di dalam penjara, Hana hanya menjawab ‘Alhamdulillah Allah maha baik’.
Sebenarnya tak semua orang begitu (mengecam). Ramai juga orang di luar sana yang baik-baik dan prihatin dengan kami.
Mungkin pada mereka kami tidak layak. Tetapi sebab ihsan kami tinggi dan berkelakuan baik dapat juga (sokongan).
Di akhir temu bual, Da’i Syed mengakui bahawa apa yang menimpanya pada waktu ini memberi kesan terhadap kerjayanya.
Saya akan cuba bangunkan semula kerjaya saya dan lakukan apa yang boleh untuk menyara keluarga.
@ohbulanofficial Replying to @Ridd Doakan yang baik-baik ?#ohbulan #fyp #news #daisyed #mulakan #berniaga #cari #duit ? original sound – OHBULAN!