berita

[VIDEO] Lebih 8 Juta Tontonan, Muzik Video Ini Berjaya Sampaikan Mesej Muhibah. Terbaiklah!

August 20th, 2018 | by Mastura
Kini Trending

Keamanan, perpaduan dan keharmonian merupakan benda yang tak asing lagi kalau kita cakap pasal kemerdekaan. Hmm.. Cuba korang bayangkan, kalau Malaysia cuma ada satu kaum?

Confirm kita tak dapat rasa macam mana hidup dalam masyarakat berbilang bangsa yang mempunyai pelbagai budaya dan bahasa kan?

EcoWorld rai semangat muhibah menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Dua peristiwa bersejarah yang pastinya diingati oleh setiap lapisan rakyat Malaysia. Hari di mana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan Sabah dan Sarawak bergabung di bawah satu nama Malaysia.

Muzik video angkat tema menuju kehadapan sebagai #AnakAnakMalaysia, #AnakAnakGembira

Apa yang bestnya mengenai muzik video EcoWorld ni ialah, ia memaparkan situasi yang biasa terjadi dalam kalangan kita.

Contohnya, macam mana kita tanpa mengira kaum sama-sama bersorak untuk atlet negara yang sedang berjuang. Kalau menang tu, memang bergegar stadium dengan sorakan.

Masa ni dah tak ada rasa perbezaan sebaliknya kita bersatu bawah nama sebuah negara Malaysia. Ini lah sebenarnya semangat #AnakAnakMalaysia yang dipupuk hasil kebersamaan selama ini.

Dapat pujian sebab papar situasi rakyat Malaysia!

Papar semangat muhibah, patutlah video ni dapat lebih 8 juta tontonan. Tak percaya tengok ni!

#JomKeHadapan bersama #AnakAnakMalaysia

EcoWorld mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. #JomKeHadapan bersama#AnakAnakMalaysia

SKIP THIS AD ×