berita

[VIDEO] Leka Sangat Tengok Phone Sampai Langgar Kereta Orang..

October 22nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Twitter viral satu video rakaman Dash Cam kereta seorang pemandu wanita yang melanggar seorang rider makanan. Video itu bagaimanapun menerima kecaman netizen kerana pemandu kereta didakwa tidak membunyikan hon sebagai tanda amaran sebelum dilanggar motosikal tersebut. Salah pemandu kereta pula?

Bawa motosikal sambil pegang telefon

Menerusi video yang berdurasi selama 40 saat itu, memaparkan pemandu wanita itu bertembung dengan sebuah motosikal yang merupakan rider penghantar makanan. Video tersebut juga jelas menunjukkan penunggang motosikal itu sedang leka tengok telefon. Hasil pertembungan itu, menyebabkan penunggang motosikal itu melanggar bahagian depan kereta wanita tersebut.

Terdapat juga seorang rider yang lain, menyatakan lelaki tersebut bukan sedang bermain telefon tetapi, sedang mencari rumah pelanggan menerusi paparan GPS (Global Positioning System). Disebabkan asyik pegang telefon itulah, yang menyebabkan lelaki itu leka dan tidak memandang depan.

Namun, pemandu wanita itu dikecam hebat oleh warganet kerana tidak membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada penunggang motosikal itu. Video tersebut telah meraih 552 retweet dan 643 likes.

Buat apa jerit?

Jangan memandu sambil main ‘phone’

Sumber: Toon Seri

SKIP THIS AD ×