Tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki berhati mulia menjemput pengawal keselamatan sebuah syarikat untuk menjamu selera di restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Artikel Berkaitan: Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut

Artikel Berkaitan: Viral Video Gadis India Dirogol, Dipukul Di Media Sosial, 5 Pendatang Asing Warga Bangladesh Ditahan

Ajak makan bersama

Menerusi perkongsian di Threads, individu dengan nama Ultramett menceritakan kronologi bagaimana pengawal itu berpeluang menyertai mereka menikmati hidangan di restoran tersebut.

Jelas Ultramett, pertemuan itu berlaku ketika dia berehat sebentar di kawasan Perodua sambil menunggu giliran untuk memasuki Rembayung.

Sebelum kejadian, saya lepak dekat kerusi guard tu. Saya tanya dia, ‘dah makan ke? Jom join saya makan nanti beritahu bos awak cakap saya mahu belanja’.

Kami masuk dulu sebab dia cakap, kena tunggu sebab tanya bos. Lepas 10 minit, dia cari-cari dekat luar dan terus jemput dia ke dalam.

Kata Ulramett, dia juga memberi peluang kepada pengawal itu untuk memilih sendiri hidangan yang diingini.

Dia makan ayam goreng, ayam masak kicap dan telur dadar sebab dia tidak makan daging.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji tindakan individu tersebut kerana sifat murninya.

Komen netizen

Sumber: Threads