Baru-baru ini netizen dikejutkan lagi dengan sebuah video yang tular di Facebook memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menghisap rokok elektronik (vape). Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalang netizen.
Bagi anak hisap vape
Menerusi video berkenaan dimuat naik oleh Inforoadblock, kelihatan seorang kanak-kanak kecil memakai baju berwarna merah jambu sedang menghisap vape sambil dihulurkan oleh seorang lelaki yang dipercayai bapanya tanpa rasa bersalah.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Sabah berdasarkan kapsyen yang dinyatakan di dalam video berkenaan. Dalam pada itu, turut kelihatan kanak-kanak berusia setahun lebih itu menghembus asap rokok eletronik tersebut melalui hidung setelah menghisapnya.
Di hidung ba.
Foto tangkap layar
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan individu berkenaan kerana memberi kanak-kanak kecil itu menghisap rokok eletronik. Malah ada juga di antara mereka meminta agar pihak berkuasa menahan lelaki tersebut.
Sumber : inforoadblock