berita

[VIDEO] Lelaki Kecewa Beli Durian ‘Black Thorn’ Berharga RM117 Tapi Isi Langsung Tak Ada!

July 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, rakyat Malaysia sangat teruja apabila tibanya musim durian. Meskipun harga ‘raja buah’ ini agak mahal tetapi ianya tidak menjadi penghalang buat mereka si penggemar durian.

Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang individu mendakwa buah durian berkualiti premium yang dibelinya tidak mengandungi sebarang isi. Harga mahal tapi tak ada isi?

Durian premium tak ada isi

Seorang lelaki yang dipercayai merupakan rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa selepas durian premium jenis black thorn seberat 1.8kg yang dibelinya dengan harga RM117 untuk sebiji tidak mempunyai sebarang isi. Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan lelaki tersebut sedang membuka kulit durian tetapi apa yang mengejutkan setiap pangsa durian itu juga didapati kosong dan tidak memiliki sebarang biji.

Pada awalnya, lelaki ini menyangka buah durian seberat 1.8kg itu mempunyai isi yang berkualiti setanding dengan harga yang dibelinya tetapi harapannya musnah dan kecewa selepas membuka buah tersebut. Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat kualiti durian premium tersebut. Ada di antara mereka memberitahu sepatutnya lelaki berkenaan membuka durian  terlebih dahulu di gerai sebelum dibawa pulang.

Video

Sumber: Mothership, Han Kok Yan

SKIP THIS AD ×