berita

[VIDEO] Lelaki Kena Tetak Di Parkir, Tindakan Pantas Isteri Selamatkan Suami

April 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 36 tahun ditetak dengan parang kira-kira lima kali ketika sedang berjalan memasuki kenderaan yang parkir di hadapan premis perniagaannya bersama isteri. Menerusi Harian Metro, kejadian yang berlaku di Taman Pertama, Ipoh, itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Tetak di kepala berkali-kali

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa diserang oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka ketika baru sahaja keluar dari kedainya.

Mungkin serangan berkait dengan perniagaan

Assisten Komisioner Mohd Ali Tamby, Ketua Polis Daerah Ipoh berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan seorang lelaki parah ditetak pada 4 petang.

Hasil siasatan awal pegawai penyiasat yang melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan perlu menjalani pembedahan segera.

Isteri mangsa menyatakan dia ada di tempat kejadian semasa suaminya di tetak dan cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa daripada terus di tetak.

Serangan itu berlaku dengan pantas dan isterinya mengesyaki kejadian ini ada kaitan dengan perniagaan suaminya walaupun tidak mengecam muka suspek kerana suspek memaki topi keledar berpenutup muka.

Luka sehingga boleh nampak tulang rusuk

Doktor yang menjalankan pembedahan memaklumkan belakang badan mangsa terdapat kecederaan luka sepanjang 7 sentimeter dan kedalaman 4 sentimeter sehingga nampak tulang rusuknya.

Kaki mangsa juga cedera dan mangsa masih tidak sedarkan diri akibat ubat bius semasa pembedahan, manakala isterinya yang menghalang mangsa daripada terus ditetak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang giat mengenalpasti serta mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Mangsa mengalami luka kecederaan di belakang badan sepanjang 7 sentimeter dan kedalaman 4 sentimeter sehingga boleh kelihatan tulang rusuknya. Kes masih disiasat dan pihak polis masih dalam proses mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman CCTV.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×