berita

[VIDEO] Lelaki Luah Rasa ‘Sebak’ Keluarga Di Kampung Sama Sekali Tidak ‘Peduli’, Bila Call Asyik Tanya Duit, Duit, Duit…

May 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

 

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan kini, banyak anak muda khususnya berhijrah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan yang lebih baik bagi menjamin masa depan mereka. Walaupun, berat untuk meninggalkan keluarga di kampung halaman namun, pengorbanan tetap perlu dilakukan bagi mencari rezeki dan boleh menampung segala keperluan keluarga sendiri.

Bahkan, sudah menjadi tanggungjawab seorang anak yang sudah bekerja untuk kembali berbakti kepada kedua ibu bapa yang telah berpenat lelah dalam membesarkan anak-anaknya.

Luahan sebak

Foto: Tangkap layar video

Bagaimanapun, menerusi satu video pendek dimuat naik seorang lelaki dikenali sebagai gtn_Yudhi98 di laman TikTok, meluahkan rasa sedih dan ‘kecewa’ dengan sikap ahli keluarganya itu. Difahamkan, lelaki ini telah berhijrah ke suatu tempat yang lain dan meninggalkan ahli keluarganya berikutan tugasan kerja yang memerlukan dia berbuat demikian.

Keluarga aku setiap kali telefon, mesti duit duit duit yang ditanya. Belum pernah aku rasa ditanya tentang khabar berita aku yang jauh merantau. Momen yang paling menyedihkan dalam hidup aku. Semua hanya kerana duit baru dianggap keluarga.

Namun, apa yang meruntun hati, apabila lelaki ini menceritakan keluarganya sama sekali tidak mengambil ‘peduli’ akan dirinya. Apa yang mereka mahu, hanya duit tanpa menghiraukan akan kesihatan dirinya ditambah pula hidup berseorangan tanpa kehadiran keluarga di sisi. Tidak berakhir di situ, menerusi video tersebut dapat dilihat reaksi lelaki ini yang cuba menahan sebak bila mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan kata-kata semangat untuk dirinya untuk lebih kuat dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

Video penuh:

@gtn2_yudhi981

apa yang harus kuperbuat ya allah ??

? original sound – S. K seketaris Dewi – CND owner ?Bunda Dewi ?

Terus bersabar ya!

Sumber: gtn_Yudhi981

SKIP THIS AD ×