berita

[VIDEO] Lelaki Mabuk Bunuh Anjing Jiran Sampai Terburai Perut, Kejam!

November 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu kata-kata yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang sanggup membunuh seeokor anjing jirannya.

Kejadian yang berlaku di Jasin, Melaka itu telah menyebabkan perut anjing itu terburai akibat tikaman yang dilakukan oleh suspek.

Guna sebilah parang

Foto: Persatuan Haiwan Malaysia

Memetik laporan Berita Hariansuspek yang berusia 37 tahun, dipercayai menceroboh masuk ke dalam garaj rumah jirannya yang merupakan seorang suri rumah sebelum bertindak di luar kawalan. Suspek ketika itu bertindak mengamuk dan mencederakan anjing terbabit dengan menggunakan sebilah parang kecil sebelum haiwan itu dilaporkan mati.

Berdasarkan laporan awal, ketika kejadian pintu pagar rumah pengadu tidak berkunci dan suspek masuk sebelum tiba-tiba mengamuk dengan mencederakan anjing itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, ketika kejadian suri rumah berusia 50 tahun itu terdengar salakan anjing peliharaannya itu beberapa kali, sebelum dia meninjau keadaan luar rumah dari tingkap bilik.

Melihat perbuatan suspek itu, Mispani tidak berani keluar rumah bagi menyelamatkan anjing peliharaannya kerana terlalu takut.

Sudah direman

Gambar sekadar hiasan

Menurut Mispani, anjing itu mengalami kecederaan di bahagian perut di mana usus perutnya terkeluar namun, ketika kejadian anjing berkenaan masih lagi hidup. Selang beberapa jam, anjing tersebut disahkan mati akibat kecederaan teruk yang dialami oleh anjing tersebut.

Suspek yang dilihat berada dalam keadaan mabuk kemudian berjalan keluar dari rumah pengadu dan membuat bising dengan menjerit di luar rumah itu.

Pihak polis sudah menahan suspek tersebut dan telah merampas sebilah sabit besi dan pisau milik suspek. Kini, lelaki itu telah direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana ceroboh dan Seksyen 428 Kanun kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan.

Video kejadian

Video: Persatuan Haiwan Malaysia

Sumber:Berita Harian & Persatuan Haiwan Malaysia

SKIP THIS AD ×