berita

[VIDEO] Lelaki Mati Lemas Selepas Buat Kejutan Melamar Teman Wanita Dalam Air

September 23rd, 2019 | by Shahira
Video Popular

Malang tidak berbau! Inilah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi seorang lelaki, Steven Weber apabila dia telah lemas selepas melamar teman wanitanya, Kanesha Antoine di sebuah pulau di Nairobi, Tanzania.

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila Kanesha Antoine memuat naik gambar dan video saat-saat akhir mereka bersama di laman Facebook miliknya.

Lemas selepas melamar teman wanita

https://www.facebook.com/KeneshaAntoine/videos/pcb.10101915267492163/10101915258809563/?type=3&theater

Menerusi video yang dirakam, Kanesha meluahkan rasa terharu dan syukur dengan kesungguhan dan usaha yang dilakukan Steven untuk melamarnya. Detik indah itu sempat dirakam oleh Kanesha yang menunjukkan teman lelakinya itu berenang ke tingkap hotel sambil menunjukkan nota lamaran buat Kanesha.

Saya tidak boleh menahan nafas terlalu lama untuk memberitahu saya suka semua tentang awak. Setiap hari, saya lebih sayangkan awak. Sudikah awak menjadi isteri saya?

Selepas menunjukkan nota tersebut dan mengajak Kanesha berkahwin, Steven kemudian terus mengeluarkan sebentuk cincin. Lelaki ini kemudiannya berenang kembali ke permukaan air namun usahanya itu tidak berjaya. Steven didapati lemas sebaik sahaja selesai membuat lamaran itu.

Awak tak sempat dengar jawapan saya

https://www.facebook.com/177205982/posts/10101915267492163?sfns=mo

Tidak ada kata-kata yang mencukupi untuk menghormati jiwa yang indah seperti Steven Weber. Awak adalah cahaya dan telah membawa banyak kegembiraan kepada ramai orang.

Awak seorang yang baik hati, penuh belas kasihan, selalu membuat saya menangis dalam ketawa dan awak membuatkan saya merasai cinta yang tidak pernah saya rasa sebelum ini.

Tetapi selepas melamar, awak langsung tidak muncul untuk mendengar jawapan saya, Ya! Ya! Satu juta kali ya, saya sudi berkahwin dengan awak. Kita tidak pernah berkesempatan untuk merangkul dan meraikan permulaan hidup kita bersama, malah hari terindah kita bertukar menjadi tragedi teruk dalam satu kejutan yang tidak dapat dibayangkan.

Saya akan kahwini awak dalam kehidupan akan datang

Saya akan cuba mencari ketenangan dan menerima kenyataan bahawa kami menikmati banyak pengalaman yang menakjubkan dalam beberapa hari ini, dan kami berdua sangat gembira dan benar-benar kecewa dengan keseronokan pada saat terakhir kami bersama-sama.

Hanya beberapa hari sebelum awak pergi, awak ada berkata kepada saya ‘Dalam perjalanan ini, saya telah melihat beberapa orang pesakit kanser dan saya menyedari bahawa ini adalah perkara satu perkara seumur hidup yang dialami oleh orang sebelum mereka mati. Dan disini kita berada dalam kehidupan ini dan sepatutnya kita bersyukur’.

Ya, kita sangat beruntung wahai cinta sempurna saya, malaikat saya, jiwa saya. Saya akan membawa cinta kita bersama selamanya. Saya akan mencari dan mengahwini awak pada kehidupuan seterusnya. Saya sangat mencintaimu dan akan sentiasa cinta awak.

Tolong doakan buat keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan Steven. Sayang lah antara satu sama lain sementara awak mampu. Saya tahu walau dimana  sahaja, semangat Steven tetap ada. Memberi cinta, menyebarkan kegembiraan dan ketawa. Dia akan menghiburkan seseorang dengan jenakanya yang luar biasa.

Sumber: Kenesha Antoine

 

 

SKIP THIS AD ×