berita

[VIDEO] Lelaki Mengamuk Tikam Ibu Sehingga Maut, Bawa Mayat Atas Kerusi Roda

November 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam sebuah kejadian di Taman Impian Kuantan, seorang wanita maut selepas ditikam anak sendiri. Suspek yang berusia 38 tahun itu mengamuk sebelum bertindak menikam ibu kemudian meletakkan mayat di atas kerusi roda.

Menerusi laporan Harian Metro, suspek menolak ibu keluar dari rumah sejauh 50 meter sebelum ditahan orang awam. Dengan bantuan orang awam juga, suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Suspek dipercayai sakit mental

Amuk tikam ibu

Seorang wanita maut ditikam anak sendiri, manakala dua lagi parah dalam kejadian amuk di Taman Impian, di sini kira-kira jam 10.30 pagi. – Ketua Polis Daerah Kuantan.

Mengamuk dan dipercayai telah menikam ibunya dan (1) kanak-kanak di Bustop Taman Impian Kg Padang Kuantan.

Maklum ada (3) mangsa, salah seorang mangsa dipercayai telah meninggal dunia. (2) mangsa lagi cedera parah. Suspek telah berjaya di tangkap oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali memberitahu kejadian disedari orang awam yang berada di gerai berdekatan. Suspek yang dipercayai sakit mental menikam ibu menggunakan pisau dapur di bahagian kiri leher.

Kejadian berlaku antara 8.30 hingga 10.30 pagi dan suspek meletakkan mayat ibunya di dalam kerusi roda dan menolak keluar dari rumah sejauh kira-kira 50 meter.

Ketika orang awam cuba menenangkannya, suspek bertindak menikam adik perempuannya yang kebetulan tiba di tempat kejadian bersama teman lelakinya.

Dua lagi mangsa cedera

Selain ibu, adik suspek dan teman lelaki yang tiba di tempat kejadian turut diserang menyebabkan kecederaan parah di belakang badan serta lengan. Mereka dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan tidak bekerja.

Kita masih lagi menyiasat motif kejadian dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan.

Kita sudah menahan suspek dan merampas senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, ketika kejadian hanya suspek dan ibu berada di rumah. Difahamkan mangsa mengalami patah tulang belakang menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Sumber : Aman Shah II , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×