berita

[VIDEO] Lelaki Sado ‘Reda’ Ditampar, Ditendang & Ditumbuk Isteri – ‘Nampak Dia Cuba Tahan Marah Tu’

December 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan pergaduhan rumah tangga melibatkan seorang lelaki mendapat layanan kasar daripada si isteri. Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terkedu melihat si suami yang hanya reda apabila dikasari si isteri.

Isteri pukul suami ‘sado’

Menerusi video pendek yang tular, memperlihatkan seorang lelaki berbadan sasa sedang bercakap dengan isterinya sampil ditampar beberapa kali oleh wanita terbabit. Namun si suami hanya mendiamkan diri dan langsung idak membalas mahupun mengelak daripada si isteri. Turut kedengaran si suami meminta maaf kepada isterinya tetapi wanita itu terus memarahinya.

Si suami yang hanya menunduk bisu kemudian cuba mencapai kaki si isteri untuk meminta maaf sekali lagi namun wanita itu terus menumbuk badan si suami sehingga lelaki itu hampir terjatuh. Sesekali dapat dilihat si suami mengusap pipinya sambil menahan sakit akibat ditampar si isteri.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar perbalahan suami isteri ini. Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen memuji sikap si suami yang dikatakan seorang yang penyabar selain tidak mahu memperbesarkan lagi isu berkenaan.

Video

Sumber: Instagram Xposureid

SKIP THIS AD ×