berita

[VIDEO] Lelaki Sambut Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5

July 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Tindakan pantas seorang lelaki yang menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah rumah pangsa di wilayah Zhejiang di Beijing, China mendapat pujian ramai.

Dengar bunyi yang kuat

Menerusi laporan India.com, kejadian itu berlaku ketika lelaki yang dikenali sebagai Shen Dong sedang meletakkan kenderaan miliknya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah di kawasan tersebut. Menurut Dong, dia mendengar satu bunyi yang kuat ketika kanak-kanak tersebut jatuh di atas sebuah bumbung keluli. Lebih terkejut, kanak-kanak itu berada dalam keadaan terumbang-ambing di tingkat satu lalu tergelincir sekali lagi.

Tanpa melengahkan masa, Dong terus mencampak telefon bimbitnya dan menyambut kanak-kanak tersebut sebelum terjatuh di jalan. Rakaman kejadian tersebut dipercayai dikeluarkan oleh pihak polis tempatan. Difahamkan, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil ketika dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sumber: India.com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×