Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona meraih perhatian dan pujian wargamaya selepas memuat naik satu video menerusi TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Buat Rawatan ‘Double Chin’, Netizen Saling Menyalahkan Sesama Sendiri – ‘Kesian Dia, Korang Tuduh Ada Tiroid’

Layan budak-budak

@leonathe2ndi love kids? original sound – le yoooooooo na

Menerusi hantaran tersebut, Leona yang manis mengenakan ‘dress’ berona hijau muda dilihat sedang melayan dua orang kanak-kanak sambil memangku salah seorang daripadanya.

Dapat dilihat, Leona begitu ikhlas melayan dan menyuap makanan ke mulut dua kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, momen itu dirakam ketika pempengaruh berusia 22 tahun itu sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara layanan yang diberikan Leona terhadap dua kanak-kanak tersebut.

Netizen juga berpendapat penampilan Leona lebih manis dan dilihat sudah semakin kurus selepas berkongsi momen dirinya bersenam sejak akhir-akhir ini.

Komen netizen

Sumber: TikTok Leona