berita

[VIDEO] Lepas Tengok Filem Pendek Ni Terus Rasa Nak Peluk Mak Ayah. Sobs!

September 7th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Setiap dari kita mesti ada impian yang kita dah tanam dari kecil, kan? Ada yang nak jadi angkasawan, pemain bola, peguam ataupun doktor. 

Tapi, kadang-kadang masalah kewangan menjadi penghalang untuk kita capai cita-cita tersebut. Sebab tulah bila dah menjadi ibu bapa, penting untuk ada simpanan sejak awal buat pendidikan tinggi anak-anak. 

Sama ada anak korang nak melanjutkan pelajaran mereka di institusi tempatan atau antarabangsa, awam atau swasta, kita masih tak boleh mengelak dari kos pengajian dan sara hidup yang makin lama makin bertambah dari semasa ke semasa.  

Agak sukar sebenarnya nak memperuntukkan simpanan yang mencukupi untuk pendidikan anak-anak apabila korang juga mempunyai perbelanjaan lain dan komitmen harian yang perlu diutamakan. 

Saksikan video dari PTPTN tentang bagaimana Simpan SSPN membantu Kak Ngah Patin memenuhi impiannya menjadi doktor

Datang dari keluarga yang berdepan dengan masalah ekonomi, Kak Ngah Patin sentiasa menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang doktor. 

Setelah menerima surat penerimaan untuk program yang dimohon, dia berbelah bahagi untuk berkongsi berita tersebut dengan ibu bapanya. 

Tonton video penuh di bawah:

 

Kak Ngah Patin sedar, untuk mencapai impiannya, dia perlu mengekalkan keputusan yang cemerlang di sekolah, namun dia risau tentang beberapa perkara lain yang berada di luar kawalannya.

Setelah bertungkus lumus mengekalkan keputusan yang baik, Kak Ngah Patin berasa sangat teruja apabila dia diterima untuk mengikuti program kedoktoran yang dipohonnya. Tetapi reaksinya berubah apabila mengenangkan keterbatasan keluarganya untuk menampung pembelajarannya nanti. 

Risau menjadi beban keluarganya, Kak Ngah Patin mula membayangkan beberapa senario tentang ibu bapa tersayangnya

Kak Ngah Patin bimbang apabila memikirkan betapa ibu bapanya terpaksa berkorban untuk program perubatannya, sehingga dia mula membayangkan bapanya pulang ke rumah dengan basikal dan bukannya motosikal, kerana terpaksa menjualnya untuk menyokong pendidikannya.

Sepanjang hari Kak Ngah Patin rungsing memikirkan sama ada dia perlu memberitahu ibu bapanya tentang surat penerimaan tersebut ataupun tidak

Semasa dia berbaring di katilnya kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ibunya menyedari keresahannya dan menghampirinya.

Kak Ngah Patin tidak mengetahui bahawa ibu bapanya telah pun menyisihkan sedikit demi sedikit wang simpanan sejak kecil untuk pendidikannya dalam akaun Simpan SSPN.

Untuk pengetahuan korang, Simpan SSPN adalah skim simpanan pendidikan oleh PTPTN yang bertujuan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi tanpa bebanan kewangan. 

Ibu bapa boleh mula menyimpan untuk anak-anak mereka seawal mungkin supaya apabila anak-anak mereka mencapai usia 18 tahun, wang simpanan telah mencukupi sekaligus membolehkan anak-anak bebas mendaftar dalam bidang pengajian pilihan mereka. 

Apa yang menarik tentang simpanan dengan Simpan SSPN ialah ia memberi faedah istimewa seperti pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful untuk pendeposit, Geran sepadan percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen kompetitif, jaminan kerajaan, dan simpanan patuh syariah.

Ingin mula menabung untuk pendidikan masa depan anak-anak korang? Buka akaun Simpan SSPN hari ini melalui aplikasi myPTPTN dengan mudah, cepat dan selamat, atau layari  laman web rasmi PTPTN! untuk maklumat lanjut.

Korang juga boleh muat turun aplikasi myPTPTN melalui App Store, Google Play atau HUAWEI App Gallery di telefon bimbit korang, mudah kan, hanya di hujung jari sahaja!

 

 

SKIP THIS AD ×