berita

[VIDEO] Letupan Setinggi 4.5 Skala Richer, Ribuan Mangsa Cedera

August 5th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Insiden letupan di Beirut, Lubnan telah mengorbankan leih 70 nyawa dan kira-kira 4,000 penduduk tercedera. Tragedi itu bagaimanapun telah mendapat perhatian dunia apabila 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di dalam gudang itu meletup sehingga menyebabkan letupan setinggi 4.5 skala richer.

Artikel berkaitan: Lebih 70 Orang Terkorban Dalam Letupan, Lubnan Isytihar Darurat

Di Twitter, ramai pengguna alam maya berkongsi video menyaksikan letupan di pelabuhan itu dan keadaan cemas di hospital.

Letupan di Beirut

Letupan kira-kira 4.5 skala richer di pelabuhan Beirut itu telah memusnahkan bandar tersebut. Video ini sempat dirakam penduduk dari paras ketinggian bangunan dengan menyaksikan kepulan asap sebelum letupan kuat.

#prayforbeirut

Letupan kuat, sampai gegar kereta

Video yang dikongsi salah seorang pengguna Twitter ini juga menjadi mangsa tercedera daripada insiden itu. Meskipun, berada di jarak yang agak jauh dari lokasi tragedi, mangsa juga terkena tempias letupan sehingga mengegarkan kenderaan dinaiki.

Kesan dari letupan

Letupan tersebut telah meninggalkan kesan kemusnahan ke atas bandar Beirut. Bangunan dan fasiliti di bandar berkenaan musnah.

Keadaan di hospital

Pengguna Twitter juga berkongsi video keadaan cemas yang berlaku di hospital berdekatan bandar tersebut. Kelihatan ramai mangsa yang tercedera ekoran letupan itu segera mendapatkan rawatan.

Sumber: Twitter