Baru-baru ini, tular sepotong video di TikTok memperlihatkan seorang gadis berkongsi kisah sedihnya apabila dia terlepas menaiki pesawat untuk pulang ke Sabah bersempena cuti Hari Raya.
Artikel berkaitan: Mencuit Hati, Meruntun Jiwa & Menggamit Memori, Ini Kompilasi Video Raya 2023 Wajib Tonton!
Artikel berkaitan: Berebut Bilik Di Rumah Mentua Ketika Raya, Wanita Ini Kesal Adik-Beradik Lain ‘Booking’ Awal
Artikel berkaitan: ‘Jom Beraya’ Gabungan Atu Zero & Danial Zaini Bakal Meriahkan Filem Sumpahan Malam Raya
Penerbangan tertunda
Menerusi video yang dikongsikan @abbywhoo, dia memaklumkan bahawa dirinya perlu menaiki pesawat dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (KL) bagi tujuan transit sebelum mengambil pesawat dari KL menuju ke Sabah.
Bagaimanapun, kongsi Abby, pesawat dari Pulau Pinang menuju ke KL telah mengalami sedikit kelewatan dari waktu yang sepatutnya dijadualkan lantas menyebabkan pesawat dari KL menuju ke Sabah telah pun berlepas.
Sekarang ini tak tahu perasaan saya mahu ketawa atau menangis. Kali ini tiket saya pulang Sabah berharga RM800. Masalahnya penerbangan saya transit, biasanya saya direct ke Penang dan pulang ke Kota Kinabalu.
Tetapi disebabkan hari raya, tiket banyak habis, maka saya transit ke KL dahulu. Saya geram, sebab penerbangan saya tunda di Penang lama sangat, jadi transit saya KL ke Sabah tidak sempat. Saya terlepas penerbangan saya, saya menangis sepanjang masa menuju ke KL tadi.
Harga tiket baru melambung
Kongsi gadis itu lagi, dia ada menghubungi ibunya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan mengadu mengenai harga tiket baharu yang begitu mahal.
Kemudian saya telefon ibu saya, saya beritahu ibu saya patut ke saya pulang semula ke Kedah, sebab tiket betul-betul sangat mahal.
Saya dan kakak sepatutnya pulang Sabah pada hari yang sama, tapi penerbangan dia petang saya tengah hari. Lepas penerbangan saya delayed saya pergi berjumpa dia, tapi penuh.
Bagaimanapun, apa yang mengundang sebak netizen apabila ibunya memaklumkan untuk anaknya itu membeli sahaja tiket tersebut biarpun harga tinggi melambung. Menurut ibunya, duit boleh dicari, asalkan anaknya itu dapat pulang dengan selamat kepangkuan keluarga.
Tetapi harga tiket sangat mahal, paling murah RM641 untuk satu hala bukan ulang alik. Saya rasa serba salah dengan ibu saya. Kemudian ibu saya balas ‘tiada masalah, beli je tiket (yang mahal). Jangan stres, duit boleh cari, yang penting kamu selamat sampai.
Awak tahu tak, rasa susah betul jadi orang Sabah di sini
Reaksi netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati ke atas nasib yang menimpa gadis tersebut. Malah ada juga yang meminta pihak berwajib untuk bertanggungjawab memandangkan kejadian yang terjadi bukan perpunca daripada gadis berkenaan.
Sumber: TikTok