berita

[VIDEO] Lima Pelajar Universiti Rentung & Maut Terlibat Kemalangan Dengan 2 Treler

May 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seramai lima pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dilaporkan rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam sebuah kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora di Ipoh.

5 pelajar maut

Foto: Berita Harian

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, menerusi laporan Berita Harian, menjelaskan insiden berkenaan melibatkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dan dua treler yang masing-masing bermuatan besi serta mozek.

Susulan daripada itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.52 tengah malam tadi. Insiden tersebut mengakibatkan lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian berikutan rentung manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan dilaporkan terselamat.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi menerusi satu ciapan di laman Facebook sempat mengucapkan takziah kepada keluarga besar USAS yang kehilangan lima pelajar dalam kemalangan tengah malam tadi.

Innalillah wainna ilaihi raajiuun. Allah jua yang mengasihi lima pelajar kami yang meninggal kerana kemalangan pagi ini.

Terbaru, pihak polis telah pun menahan pemandu treler yang membawa muatan besi pagar bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Video kejadian:

@amir121021 #fyp? ? Al-Fatihah – Sheikh Ismail Annuri

Sumber: Berita Harian & TikTok

SKIP THIS AD ×