berita

Video : Lisa Dan Yusri Hiasi Muka Depan Majalah Media Hiburan Dan Wanita

July 27th, 2012 | by Ai
Video Popular

Aidilfitri tahun ini pastinya lebih bermakna buat pelakon comel Lisa Surihani. Tahun ini merupakan tahun pertama beliau menyambut aidilfitri dengan status sebagai isteri kepada Yusri, dan pastinya lebaran tahun ini lebih bermakna buat pasangan bahagia ini.

Media Hiburan merupakan sebuah majalah hiburan mingguan yang amat digemari oleh individu yang meminati perkembangan dunia hiburan tempatan. Oleh itu, bagi edisi 28 Julai 2012, majalah hiburan ini telah memilih Lisa Surihani dan Yusri sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Selain majalah Media Hiburan, pasangan ini turut dipilih sebagai penghias muka depan majalah Wanita untuk edisi bulan Ogos 2012. Nampaknya majalah keluaran karangkraf amat meminati pasangan ini sehingga memilih mereka untuk menghiasi muka depan kedua-dua majalah keluaran mereka.

Melalui sesi fotografi antara Lisa dan Yusri, pasangan ini kelihatan sangat cantik dan menarik dengan persalinan rona merah sedondon. Persalinan kebaya merah yang digayakan oleh Lisa kelihatan sungguh klasik dan anggun. Disamping itu, persalinan baju melayu potongan leher cekak musang yang digayakan oleh Yusri menyerlahkan lagi ketampanan dan kekacakan beliau.

Mari layan sebentar video di sebalik tabir fotografi antara Lisa Surihani dan Yusri (KRU) :