Pelakon Liza Abdullah tidak halang anak untuk menceburi industri hiburan, namun, harus berdiri atas bakat sendiri dan bukan atas namanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Menegur & Memalukan Adalah Perkara Yang Berbeza’ – Liza Abdullah Nasihat Pelakon Senior Tunjuk Contoh Yang Baik

Artikel Berkaitan: Liza Abdullah Malas Nak Mulakan Perhubungan – ‘Pada Usia Begini Manalah Ada Orang Mahukan Saya’

Utamakan bakat

@affendyjailani #lizaabdullah #lizaabdullah_makleha #BukakMulut #malaysiatiktok #fyp??viral #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokviral #tiktokmalaysia #fypdong #fypage ? original sound – Affendy Jailani

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Liza atau nama lengkapnya Norliza binti Abdullah, 60, memaklumkan bahawa dia enggan anak lelakinya berkecimpung dalam industri hiburan menggunakan ‘cable’.

Menurutnya, menjadi anak seni perlu disertai dengan bakat.

Saya tak mahu pengarah panggil anak saya berlakon sebab saya adalah Liza Abdullah.

Tapi bakat tiada.

Saya akan marah, sebab anak saya dipanggil bukan kerana bakat tapi kerana dia anak saya.

Jadi, saya tak mahu itu terjadi.

Tambah Liza, ramai rakan-rakan pengarah dan penerbit yang memberi tawaran berlakon kepada anak lelakinya, Zulsyahmi Naqib Zolkifli namun ditolak.

Tak jual anak

Berkongsi lebih lanjut, Liza memaklumkan bahawa dia tidak pernah memaksa anak-anak untuk memilih jalan kehidupan mereka.

Menjual anak itu tak wujud langsung.

Anak saya memang dari dulu ikut saya.

Dia memang pemalu, jauh beza dengan saya.

Sumber: TikTok @AffendyJailani