Pelakon dan pengacara Imran Aqil meluangkan masa bersama isteri tercinta, Dahlia Rizal sebelum menyambut kehadiran cahaya mata sulung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Akui Memilih Naskhah Lakonan, Letak Isteri Nombor Satu – ‘Saya Minta Isteri Labuhkan Tudung, Tapi Saya Sendiri Tak Menjaga’

Setiap hari jatuh cinta

@imjeebsterthis morning, we drew together. just me, the love of my life, and the tiny heartbeat growing inside her. 8 months of carrying our love in her womb, and still, she takes my breath away every single day &lt3? original sound – Yuat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin dilihat bersama isteri tercinta menginap di sebuah hotel mewah di ibu kota.

Pada perkongsian itu, Imran dah Dahlia meluangkan masa berdua sambil melakukan aktiviti melukis.

Pagi ini, kami melukis bersama.

Hanya saya, cinta saya dan degupan jantung kecil dalam perut isteri saya.

Lapan bulan membawa cinta kami dalam rahim, dan, Dahlia buat saya jatuh cinta setiap hari.

‘Kami nak juga’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Dahlia seorang isteri yang beruntung kerana memiliki suami penyanyang dan manis dalam berkata-kata. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan Dahlia melahirkan bayi sulung dipermudahkan.

Sumber: TikTok @imjeebster