berita

[VIDEO] Luka & Berdarah Di Tangan, Lihat Reaksi Rakyat Malaysia. Prihatin Ke Tidak?

January 2nd, 2024 | by Nurul
Kini Trending

Malang tidak berbau, manusia tak dapat lari dari ditimpa kecederaan ataupun kemalangan. Kadang-kadang sampai luka dan berdarah. Tak kisahlah luka kecil mahupun besar, luka haruslah dirawat dengan betul untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman agar ia sembuh dengan cepat.

Macam lelaki dalam video ni, tengah bersenam di taman, terjatuh dan mengalami luka di tangannya. Sambil-sambil belek luka tu, ramai jugalah pengunjung taman yang datang . Ada yang prihatin dan ada juga yang menghulurkan bantuan. Prihatin jugak rakyat Malaysia ni eh!

Oh..social experiment rupanya! Tapi dalam pada berlakon tu, sempat jugak si Danial ni berkongsi cara-cara perawatan luka yang betul.

Korang tahu tak cara merawat luka yang betul? Hansaplast boleh bantu!

Ini merupakan 3 langkah penjagaan luka yang betul:

Langkah 1: Bersihkan kesan luka dari kotoran dan bakteria dengan Hansaplast Wound Spray untuk mengelakkan jangkitan. Ia juga pain-free** dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang yang mempunyai kulit sensitif.

Tidak sama seperti beberapa antiseptik lain, Hansaplast Wound Spray tidak menyengat atau pedih ketika digunakan.

**Kajian PMCF, 95% bersetuju bahawa
“Penggunaan Semburan Pencuci Luka adalah tidak menyakitkan”, n=59, Freese R, Doktor, pengkaji utama, Hamburg, 2019

Langkah 2: Melindungi kesan luka daripada bakteria untuk membolehkan penyembuhan dengan cepat.

Hansaplast Waterproof Plaster ni tahan lasak, fleksibel dan cepat kering. Plasternya yang kalis air dan bernafas memastikan luka kering dan terbukti menghalang 99% bakteria* daripada memasuki luka.

*Hansaplast melindungi daripada kotoran dan bakteria.

Langkah 3: Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka tanpa meninggalkan kesan parut tetapi ia juga bergantung bagaimana korang menjaga luka tersebut. Sapu Hansaplast Wound Healing Ointment dengan kerap sehingga luka sembuh sepenuhnya.

Sekiranya luka korang berdarah tanpa henti atau sebagainya lebih baik dapatkan bantuan daripada doktor.

Jangan lupa juga untuk membaca setiap arahan yang diberikan sebelum menggunakan produk tersebut!

Jadi, selepas ini, pastikan produk Hansaplast wajib ada di setiap rumah, ok!

Nombor Kelulusan Iklan: MDAMD 0201/2023.

SKIP THIS AD ×