![[VIDEO] M.Nasir Enggan Komen Dakwaan Teater Mansur & Liu Bakal Diboikot – ‘Adalah Dalam Empat Orang’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/mansir-dua.jpg)
Maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir berseloroh hanya kurang daripada lima orang yang didakwa mahu melakukan gerakan boikot terhadap teater muzikal arahannya iaitu Mansur & Liu selepas pemilihan pelakon, Aliff Aziz sebagai watak utama.
Artikel Berkaitan: M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puisi & Dendangan Lagu ‘Di Balik Cermin Mimpi’ Dari M. Nasir Gemakan Himpunan Solidariti Gaza
Kesungguhan pelakon
Ketika ditemui OhBulan!, M. Nasir, 68, berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan kriteria-kriteria selain kesungguhan yang ditunjukan oleh para pelakon yang dipilih.
Tiada nak komen. Saya suka orang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Selalunya hidup ini kita berdepan dengan pilihan-pilihan.
Jadi selalunya pilihan yang memberi kita tekanan tetapi saya harap boleh menghadapi benda itu semua dengan fikiran yang rasional.
Yang nak boikot itu, adalah dalam empat orang, yang lain sokong.
M.Nasir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Magnum Opus M.Nasir Dekad Ke-5 di Istana Budaya pada petang Selasa.
Mengulas lanjut, M.Nasir yang tetap dengan pendiriannya yang mahukan Aliff menjayakan watak Sultan Mansur Shah menjelaskan penyanyi itu memiliki bakat yang dicari.
Kita kena pandang pada bakat dan bukan kita suka-suka saja pilih setelah ambil kira dengan macam-macam.
Saya pun sebenarnya baru kenal dan bagi saya, dia memang cocok (sesuai) dengan peranan itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila netizen mahu melakukan gerakan boikot gara-gara pemilihan Aliff sebagai watak utama dalam teater Mansur & Liu itu.
Menerusi Teater Muzikal Mansur & Liu, Aliff dipilih untuk menggalas peranan sebagai watak utama iaitu Sultan Mansur Shah.
Teater Muzikal Mansur & Liu mengangkat kisah Sultan Melaka keenam, Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari Dinasti Ming berdasarkan Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.
Pementasan sulung arahan M. Nasir itu dijadual berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan.