Foto: Tangkap layar video
Kehilangan orang yang kita sayang lagi-lagi ia merupakan ibu bapa yang tercinta merupakan momen yang sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
‘Harap anak-anak arwah kuat’
Foto: Tangkap layar video
Seperti perkongsian seorang wanita di laman TikTok, dikenali sebagai Dielah Midi berkongsi sebuah video yang mengundang sebak dan meraih perhatian netizen. Menerusi video tersebut wanita ini, membawa tiga kanak-kanak menziarahi kubur arwah ibu mereka dan menjelaskan dia ‘terpaksa’ merahsiakan perkara tersebut selama beberapa hari.
Difahamkan, kanak-kanak ini sama sekali tidak mengetahui ibu mereka sudah dijemput Sang Pencipta.
Harap anak-anak arwah kuat yaa Megat baru tahu mama dia dah meninggal. Maaf Megat kami semua terpaksa merahsiakan selama beberapa hari ni.
Video tersebut bagaimanapun, meraih puluhan komen yang bertanyakan mengapa dia (wanita) berbuat demikian. Ujar wanita ini, apa yang dilakukannya adalah bersebab dan menjelaskan kanak-kanak itu sudah mula menerima kenyataan.
Kami rahsia bersebab, alhamdulillah Megat dah boleh terima kenyataan. Boleh ingat mamanya boleh diselamatkan lagi kat hospital, pun diorang ada cuma Megat tu ingat mama masih di hospital.
Menerusi satu video lain yang dikongsi memaparkan reaksi gembira kanak-kanak ini yang menerima baju baharu.
Dah terukir senyuman di bibir anak-anak arwah ada yg derma baju untuk mereka.
Video penuh:
@dielahmidiharap anak2 arwah kuat ya??megat baru tahu mama dia dah meninggal..maaf megat kami smua terpaksa merahsiakan selama beberapa hari ni?? Bila Tiba – UNGU
@dielahmididah terukir senyuman di bibir anak2 arwah..ada yg derma baju untuk mereka?? original sound – @imadduddin05
Al-Fatihah
Sumber: Dielah Midi