berita

[VIDEO] Macam Filem Lion King, Babun Ambil Singa Jadi ‘Anak Angkat’ Cetus Tanda Tanya

February 7th, 2020 | by faris
Kini Trending

Bukan sekadar dalam siri animasi popular Lion King, seekor babun dirakam mendukung anak singa di sebuah safari, merealisasikan babak ikonik Rafiki dan Simba ke alam nyata! Foto dan video aksi itu berjaya dirakam pemilik safari, Kurt Schultz, Sabtu lalu.

Babak aneh berjaya dirakam

Insiden aneh itu berlaku di Kruger National Park, Afrika Selatan, 1 Februari lalu. Menurut Kurt, babun jantan muda itu merangkul anak singa berkenaan dan mendukungnya naik ke pokok dan melayan bagai anaknya sendiri. Kurt berkata dia berada di sana sejak awal pagi sebelum terserempak dengan sekumpulan babun yang kelihatan teruja.

Pada mulanya anak singa itu disangkakan sudah mati, namun ketika memanjat pohon marula, didapati anak singa itu masih hidup.

Tak pernah berlaku sepanjang 20 tahun

Babun dikelaskan di bawah satu keluarga primat yang besar yang dikenali sebagai monyet Old World yang mana keduanya besar dan kuat. Mereka juga bersifat menjaga kawasan sendiri dan boleh menjadi agresif. Tidak menjadi kebiasaan untuk babun membunuh anak haiwan lebih kecil seperti singa atau anak dalam kawanan mereka.

Menurut Kurt, sepanjang kariernya sebagai pengendali safari, apa yang disaksikannya tidak pernah berlaku sebelum ini.

Selama 20 tahun berada di Afrika Selatan dan Timur dan menjaga Kruger hampir 20 tahun, saya pernah lihat babun membunuh kejam anak harimau bintang dan anak singa. Tapi tidak pernah sekalipun melihat anak singa dilayan sedemikian rupa.

Berisiko cedera

Menurut Kurt lagi, anak singa terbabit berisiko cedera walaupun kelihatan sihat apatah lagi apabila berdepan dengan babun yang teruja.

Anak singa itu kelihatan lemah dan walaupun tidak nampak cedera, boleh jadi ada kecederaan dalaman. Babun adalah haiwan yang kuat terutamanya ketika mereka teruja dan berlawan untuk merampas anak singa itu, mungkin berisiko cedera dalaman.

Walaupun usia anak singa itu tidak dapat dipastikan, namun kawasan kejadian dikenalpasti sebagai kawasan singa dan harimau bintang menyembunyikan anak mereka di sebalik bukit dan kawasan berbatu sementara keluar berburu. Anak singa itu berkemungkinan ketakutan, dehidrasi, berisiko cedera dan mungkin tidak dapat diselamatkan keluarga sendiri.

Babun juga mempunya gigi taring sepanjang 5 cm yang lebih panjang dari singa, berupaya menyiat mangsanya dengan mudah.

Sumber: Fox, IFLscience, Kurt Safari

The following two tabs change content below.