berita

[VIDEO] ‘Macam Ni Nak Tunjuk Islam Di Mata Dunia?’ – Neelofa Kecewa Isu Wanita Ditampar Tak Pakai Tudung

January 17th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai insiden seorang wanita ditampar dikhalayak ramai gara-gara tidak memakai tudung. Insiden yang berlaku di Malaysia itu dikecam hebat oleh orang ramai sehingga mendapat liputan akhbar terkenal dunia Daily Mail.

Insiden ini turut mendapat perhatian pengacara dan pelakon, Neelofa yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang memperjuangkan hak asasi wanita. Neelofa menerusi Instagramnya meluahkan rasa kecewa terhadap layanan segelintir pihak terhadap wanita tidak bertudung. Ini respon yang diberikan oleh Neelofa:

Macam ni nak tunjuk Islam di mata dunia?

So, this is on a UK news portal. Is this how we want other non-Muslim countries to see us? Muslim Malaysians in this light? Is this how we want to potray Islam and Malaysia towards other people? We want people to know that Islam is a religion that is beautiful, that is tolerating and respectful and when things like this happen, perceptions are changed and Islam gets a bad rep. And ladies, when things like this happen to you, to your loved ones, you have to stand up, don’t let people like this belittle you and treat you inhumanely. And guys, please, don’t do this to other women. Guys should be protecting women, not using violence in any ways, especially not like this. I hope this is a lesson for all of us to learn from, we have to be better than this. No religion in the world teaches their followers to use violence, definitely not in Islam. There is a better, beautiful way to preach and going around hitting people is DEFINITELY NOT THE WAY.

Neelofa menganggap perbuatan lelaki ini lelaki ini telah mencalarkan imej Malaysia setelah isu menjadi viral di mata dunia sehingga mendapat liputan Daily Mail. Neelofa turut menasihati kepada semua wanita supaya lebih tegas dalam hal ini dan jangan biarkan kaum lelaki melakukan perkara sebegini kepada mereka.

Wanita ditampar dikhalayak ramai

Kejadian ini difahamkan berlaku di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada jumaat lepas. Dipercayai sekumpulan wanita yang dimarahi dan diserang itu ialah warga asing berdasarkan kepada percakapan mereka dan lelaki yang menyerang pula dipercayai warga tempatan berkelahiran Penang.

Sememangnya dalam Islam tidak mengajar umatnya untuk mengunakan kekerasan ketika berdakwah dan Neelofa berharap isu sebegini perlu di ambil iktibar.

Sumber: Neelofa, Daily Mail

SKIP THIS AD ×