berita

[VIDEO] ‘Macam Ni Peniaga Yang Nabi Suka…’

February 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Rezeki itu milih Allah SWT dan ianya datang dalam pelbagai bentuk. Sedikit atau banyak, itu bergantung kepada usaha kita juga. Jadi buat sesiapa yang berusaha, Allah pasti memberi rezeki melimpah ruah kepada empunya diri berkenaan.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh individu ini apabila dipertemukan dengan seorang peniaga yang sangat rajin. Meskipun sudah berusia, ianya langsung tidak menghalang lelaki ini untuk berusaha mencari rezeki yang halal.

Mula berniaga jam 4:30 pagi

Seorang individu yang dikenali dengan nama Arifflubis ada berkongsi satu video memperlihatkan seorang lelaki yang sudah berusia sedang berniaga nasi lemak dan kuih-muih di pondok di tepi jalan. Ariff yang melalui kawasan tersebut telah singgah di gerai terbabit untuk membeli dan berniat mahu berkongsi rezeki dengan orang lain.

Ariff kemudian memberitahu bahawa dia ingin membeli RM30 nasi lemak dan meminta penjual ini untuk menyedekahkan kepada sesiapa yang memerlukan. Bercerita dengan lebih lanjut, pak cik ini dikatakan mula berniaga pada jam 4:30 pagi dan setiap hari makanan tersebut habis terjual. Difahamkan gerai tersebut terletak di Pengkalan Minyak, Ayer Keroh, Melaka.

Semoga dimurahkan rezeki

@arifflubisYang ada perniagaan kecil sy doakan korang sentiasa tabah waktu PKP ##mco ##pkp ##fyp ##foryou? original sound – ??TEXAS?TOHIR PLAT A

‘Bersihnya gerai pak cik..’


  

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji tindakan Ariff. Hal ini secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang ramai supaya bersedekah. Mereka juga turut memuji kesungguhan dan sikap rajin penjual ini yang sanggup bangun awal pagi untuk mencari rezeki. Malah, tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama yang dilalui oleh mereka.

Sumber: Arifflubis

SKIP THIS AD ×