berita

[VIDEO] Macam ‘Rambo’ Rompak Seorang Diri, Perompak Berjaya Larikan 5 Dulang Emas

December 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes rompakan bersenjata semakin menjadi-jadi berlaku di Malaysia. Ianya seolah-olah senjata api mudah untuk didapati oleh penjenayah bagi tujuan jahat mereka. Penjenayah seolah-olah berkuasa dan bermaharajalela melakukan jenayah.

Satu rakaman kamera litar tertutup telah dikongsi melalui Twitter MyWatch. Menerusi paparan video tersebut, satu kegiatan rompakan bersenjata kedai emas telah berlaku. Apa yang mengejutkan, perompak tersebut melakukan aktiviti rompakan itu bersendirian.

Buat kerja sorang macam Rambo

Menurut sumber, kejadian berlaku di sebuah kedai emas dalam Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar. Perompak yang menutup muka dengan topi keledar dan penutup muka itu dilihat masuk ke dalam kedai emas tersebut sebelum mengeluarkan selaras senapang dan kapak yang disembunyikan dalam sebuah bag.

Bawa lari 5 dulang barang kemas

Astro Awani turut melaporkan bahawa suspek berjaya melarikan lima dulang barang kemas termasuk rantai kaki, tangan dan leher. Insiden berkenaan berlaku jam 7.30 petang semalam. Suspek turut meninggalkan kapak yang digunakan untuk memecahkan cemin rak barang kemas di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian tersebut dan telah menerima laporan insiden berkenaan. Pihak polis masih melakukan siasatan dan sepasukan anggota dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan pemeriksaan di lokasi.

Hati kering betul

Sumber: MyWatch, Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×