![[VIDEO] Madammu Dedah Belanja Bulanan Cecah RM600K, Netizen Telan Air Liur – ‘Ingat Ratus Je Rupanya Ratus Ribu’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/madammu-12.jpg)
Usahawan dan figura media sosial terkenal, Madammu mendedahkan perbelanjaan bulanannya termasuk komitmen yang perlu dibayar.
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Tinggalkan Saya Masa Usia 2 Tahun’ – Madammu
Artikel Berkaitan: ‘Masa Suami Ada Je Saya Boleh Keluar Rumah’ – Madammu
Belanja bulanan
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai perbelanjaannya.
Ujar pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty, dia berbelanja hampir RM600,00 setiap bulan.
Belanja bulanan termasuk bayar komitmen dalam RM500,000 ke RM600,000.
Tapi tengok juga, ada masa tak banyak sangat.
Kalau nak belanja banyak, kena rajin kerja.
Dalam pada itu, Madammu memaklumkan hasratnya untuk lebih berjimat-cermat.
Ingat ratus rupanya ribu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terkejut mengetahui jumlah perbelanjaan usahawan berusia 35 tahun itu yang berhabis ratusan ribu setiap bulan.
Sumber: TikTok @E.liyananoirleader