Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu menerima teguran warganet selepas berkongsi hasrat untuk membuang kek hari lahir anaknya yang dianggarkan bernilai RM2,000.

Artikel Berkaitan: ‘Berdosa Ke Saya Lahirkan Anak?’ – Madammu Kecewa Dituduh Pilih Kasih Terhadap Anak Tiri

Artikel Berkaitan: Masa Suami Ada Je Saya Boleh Keluar Rumah’ – Madammu

Kek RM2K hanya untuk perhiasan

@raa_noir.n0033540

Replying to @Inara menjawab tak soalan sis. Kek hiasan je untuk ambik gambar 😅🤭 #madammu #noir #birthdaycakekayden

♬ original sound – AMRAH NOIR – AMRAH NOIR

Menerusi sesi siaran langsung di TikToK, pemilik nama Eriyca Baiduri menjelaskan bahawa sebahagian besar kek merupakan ‘dummy’ atau tiruan yang tidak boleh dimakan. 

Macam mana nak bagi orang makan macam ni. Kalau hari tu saya bagi budak-budak makan kek ni, habis roboh yang bahagian atas.

Bila saya kata nak buang kek tu, semua kalut kata membazir.

Malah proses pemotongan kek tersebut agak sukar memandangkan ianya diselaputi dengan gula (fondant) yang tebal.

Menjelaskan perkara itu, Madammu berkata dia juga ada menyediakan kek sebenar secara berasingan untuk santapan para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Saya memang ada buat kek lain untuk makan. Kek yang saya beli harga RM2080 ni memang untuk perhiasan je.

Walaupun penjelasan telah diberikan, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Madammu yang dianggap sebagai satu bentuk pembaziran.

Komen netizen

Sumber: TikTok